Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, Khabar Duka Dari Pelakon Terkenal Ziela Jalil Telah Meninggal Dunia Hari Ini Si...(Baca Artikel Penuh)

KUALA LUMPUR: Fatimah Othman, 70, iaitu ibu Datuk Ziela Jalil, meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediaman pelakon dan penerbit itu di sini, semalam.


 yang dimuat naik ke Instagram, Ziela berada di Maghribi. - Foto Instagram


MALAM tadi (pada Jumaat) pelakon dan penerbit Datuk Ziela Jalil berkongsi berita sedih tentang pemergian ibunya mengadap Illahi di satu entri di Instagramnya.

"Allahu Akbar! Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahummagh firlaha warhamha wa’aafihi wa’fu anha

"Yaa Allah rezeki mak di jemput Allah hari jumaat penuh Barakah ini, semoga berbahagia lah mak dalam Syurga Firdaus Allah hingga hari Akhirat, Aamiin Yaa Rabb Yaa Mujib.

"Selamat jalan mak, mak telah pergi dahulu, Ziela pasti menyusul kemudian, berbahagia lah mak menemui penciptamu Allah Azawajalla, sedihnya hati ini, Allah saja yg tau.



 
"Tak dapat bersama memberi penghormatan terakhir buat mak, doa Ziela akan sentiasa bersama Mak Allahyarhama Asmah Binti Abdullah," tulis Ziela.


Ketika ini difahamkan melalui gambar-gambar yang dimuat naik ke Instagram, Ziela berada di Maghribi.

Ziela yang mengusahakan rumah produksi, Pena Creative Picture, berkongsi khabar duka pemergian ibu tersayang melalui Instagram (IG) Stories, beberapa jam lalu.

Allahyarham Fatimah menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.15 tengah hari.


Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara di sini, pada jam 5.30 petang.


Anak sulung Ziela, Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid memberitahu, arwah nenek pergi akibat komplikasi pelbagai penyakit.


"Arwah menghidap kencing manis, angin ahmar dan darah tinggi yang menyebabkan ginjal gagal berfungsi.


"Kira-kira sebulan lalu, arwah pernah diserang angin ahmar," katanya kepada BH Online.


Julia berkata, ibunya cukup rapat dengan arwah nenek.

"Sejak saya lahir, Mama menjaga nenek dengan baik. Arwah tinggal bersama kami.


"Mama dan arwah memang tidak dapat dipisahkan. Mama berbakti kepada arwah nenek yang persis Mama sifatnya," katanya.