Innalilahi, Khabar Pilu Dari Pelakon Populer Hans Isaac Telah Meninggal Dunia Hari Ini Si...(Baca Artikel Penuh)
Ibu Hans Isaac meninggal dunia
Ibu kepada pelakon-pengarah Hans Isaac, Carmina Anciano Isaac, 74, telah meninggal dunia kira-kira jam 8.35 pagi tadi, di rumahnya yang terletak di Taman Tun Abdul Razak, Ampang.
Perkara ini dikongsi sendiri oleh Pengarah Urusan Tall Order Production Sdn Bhd itu, di laman Twitternya sebentar tadi. Rakan baiknya Awie, yang juga dihubungi sebentar tadi, memberitahu dia menerima berita tersebut 8.40 pagi tadi setelah diberitahu oleh Datuk Yasmin Yusof.
Menurut wakil Tall Order Production Sdn Bhd, jenazah mendiang akan dibawa ke gereja St. John, Bukit Nenas pada hari Rabu, jam 10.30 pagi bagi penghormatan terakhir.
Kemudian upacara pembakaran jenazah akan dibuat di krematirium dan upacara menabur abu akan dilaksanakan pada hari Khamis ini.
Ibu Hans sudah dua tahun menderita akibat penyakit barah di tahap empat. Hans merupakan anak tunggal dan sangat rapat dengan ibunya. Takziah daripada kami untuk Hans sekeluarga.
Dalam pada itu, portal murai.com.my ingin mengucapkan takziah kepada pelakon Fauziah Gous diatas pemergian bapanya Mohd Gous Ghulam, 76, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital pada Sabtu lalu. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Sajadi Ibrahim dan 5 anak.
Difahamkan bapa Fauziah Gous sebelum ini telah menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi.
Kalau memang ada masalah kesihatan memang tak boleh nak kata apa2, jaga macam mana pun ajal tak boleh kita lawan, nak pergi memang akan pergi juga.