Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, Khabar Pilu Dari Pelakon Sherie Merlis Hari Ini Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

Post By Admin


________________________

Bapa Sherie Merlis meninggal dunia

Bapa Sherie, Wan Zainal Abidin menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada jam 9.30 pagi tadi, kira-kira empat jam selepas dikejarkan ke hospital.

KUALA LUMPUR: Bapa pelakon, Sherie Merlis iaitu Wan Zainal Abidin Wan Kassim menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung pada jam 9.30 pagi tadi.


Bapa kepada pelakon drama I-Tanggang, Mother Of All Lies itu pergi pada usia 75 tahun.


Sherie atau nama penuh, Sharifah Saadah Wan Zainal Kassim mengumumkan berita sedih itu menerusi kenyataan ringkas kepada media, hari ini.


"Abah dilahirkan pada 26 September 1946. Abah baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-75.


"Hari ini, Jumaat bersamaan 23 Safar, Tahun 1443, abah kembali ke Rahmatullah kerana serangan jantung," katanya dalam kenyataan itu.


Sherie berkata lagi, adiknya sempat membawa arwah bapa ke sebuah hospital selepas mengadu sakit dada pada jam 5 pagi tadi.


"Sejam sebelum meninggal dunia, doktor beritahu keadaan abah okay dan stabil.


"Bagaimanapun, abah disahkan meninggal dunia jam 9.30 pagi dalam tidur selepas doktor memaklumkan semua sistem dalam badannya tidak berfungsi.


"Malah, mereka (pasukan perubatan) sudah melakukan proses bantuan pernafasan (CPR) selama 15 minit," katanya.


Ogos lalu, pelakon drama Mat Despatch itu menarik perhatian ramai apabila dilaporkan buntu terperangkap dalam rumah keluarga bersama adiknya yang positif COVID-19.


Melalui video durasi lebih empat minit yang dimuat naik di Instagram (IG), Sherie merayu orang ramai memberi cadangan bagaimana membantu menyelesaikan masalah apabila terpaksa berhimpit dengan 11 orang termasuk adik yang positif COVID-19 dalam rumah kecil dua bilik.